Video Selangor Julang Piala Malaysia 2015 ke-33

 Video Final Piala Malaysia 2015 (Selangor 2-0 Kedah)

Selangor gah menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Gol Selangor dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47.
 Kedah  juara Liga Perdana musim ini, terpaksa berputih mata mahu mengumpul gelaran kedua musim ini apabila dikecewakan Red Giant. Mereka bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Mohd Firdaus Muhamed dibuang padang gara-gara menampan bola di luar kotak penalti ketika saingan berbaki tujuh minit.

Undian Piala Eropah (EURO 2016)

Berikut keputusan Undian Kumpulan Piala Euro 2016:

Kump A: Perancis, Albania, Romania, Switzerland
Kump B:England, Slovakia,  Rusia, Wales,
Kump C: Jerman, Ukraine, Poland, Ireland Utara
Kump D: Sepanyol, Republik Czech, Turki, Croatia
Kump E: Belgium, Itali, Ireland,Sweden
Kump F: Portugal, Iceland, Austria,  Hungary

Menang Piala Malaysia 33 kali, Selangor Dapat Ganjaran

Selangor Dapat RM30 000!

Usaha keras pasukan Selangor layak ke final Piala Malaysia berbaloi apabila dijanjikan ganjaran sebanyak RM30000.
Kini setelah berjaya menjulang piala untuk kali ke33 ganjaran lebih besar bakal menanti pemain.
Dalam perlawanan akhir di stadium Shah Alam Selangor berjaya menundukkan Kedah2-0.
Atas kemenangan bermakna itu juga Menteri Besar Dato' Seri Azmin Ali telah isytihar cuti peristiwa sebagai hadiah kepada rakyat Selangor setelah 10 tahun kemarau kejuaraan.

Liverpool Boleh Jadi Juara -Morena

Liverpool Boleh Jadi Juara -Morena


Tiga kemenangan, empat perlawanan terakhir EPL, The Reds kini enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Berikut pandangan pemain  Liverpool yang berbangsa Sepanyol, Moreno mengenai peluang dimiliki pasukannya bawah Jurgen Klopp.

 "Ketika ini saya fikir kami boleh bertarung untuk menjuarai gelaran Liga Perdana,"

 "Kami berada dalam keadaan yang baik dan pencabar lain yang berada di atas kami sedang menggugurkan mata. Ia boleh berlaku (memenangi kejuaraan).

Saya tidak berkata 100 peratus yang kami akan memenanginya namun kami akan bertarung untuknya."

 Sejak tiba di Anfield pada Oktober Liverpool hanya tewas satu perlawanan di bawah kendalian Klopp. Kekalahan tunggal itu  ketika menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Klopp nampak memberikan semangat baharu kepada pemain dan peminat Liverpool namun Moreno mengakui sesi latihan pasukan itu hanya fokus kepada satu elemen.

Latihan Klopp Membosankan- Moreno

"Bersama Klopp, sesi latihan semuanya berkaitan taktikal, dalam usaha untuk menjadikan pasukan berada di dalam posisi yang baik di atas padang, dan juga mengetahui bagaimana dan bila untuk memberi tekanan,"

  "Dia tidak melakukan perlawanan atau perkara seperti itu. Kesemuanya mengenai taktikal.

"Ia adalah apa yang digemarinya dan apa yang kami usahakan. Di England, ada banyak perlawanan, jadi ada banyak masa untuk bekerja keras namun dalam setiap sesi latihan dan dia sentiasa seperti itu.

"Kebenarannya adalah sesi latihan agak membosankan bagi pemain-pemain, namun kemudian mereka adalah yang memberikan keputusan di atas padang."

-bharian

Felda Mahu Padam Hasrat Helang Merah

Tutup Semua Ruang- Farizal 


Berikut amaran dan kata-kata semangat penjaga gol Felda iaitu bekas penjaga gol Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu:

"Bagi saya pasukan Kedah mungkin lebih hebat dengan kehadiran semula Baddrol dalam skuad mereka. Gandingan antara Baddrol dengan dua import mereka, Chidi Edeh dan Sandro Da Silva harus diberi tumpuan sepenuhnya.

 "Kami akan pastikan semua ruang ditutup rapat bagi mengelakkan daripada gerakan berbahaya dilakukan tiga pemain terbabit," katanya.