Jose Mourinho Terdesak Mahu Sertai United?


Hantar Surat Bagi Ganti Van Gaal 

Setelah melakar rekod rekod buruk di Chelsea sehingga dipecat dan tempatnya digantikan oleh Guus Hiddink ternyata Mourinho masih berkeyakinan tinggi untuk terus mengurus kelab besar.
Terbaharu dia dilaporkan  menghantar surat untuk menyertai Manchester United  pula.

Menurut The Independent, Jose Mourinho menulis surat enam muka surat kepada Manchester United yang menyatakan kelayakannya untuk menggantikan Louis van Gaal, yang kini berdepan kemungkinan dipecat sebagai pengurus, lapor media, semalam.
The Independent juga mendakwa Mourinho, 52 tahun,  yang menganggur sejak berpisah dengan Chelsea pada Disember lalu, menggariskan secara terperinci pelan tindakan untuk memulihkan semula reputasi gergasi Old Trafford.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menggunakan surat untuk menyatakan komitmennya bagi menyesuaikan gaya pengurusan dan bagaimana dia akan merombak skuad.

Mourinho pernah hampir menyertai United sebelum ini apabila Alex Ferguson meninggalkan kelab terbabit namun jawatan idamannya jatuh dalam tangan David Moyes pada tahun 2013. Selain dua tempoh yang singkat di Chelsea, Mourinho juga pernah melatih Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

 Kini berjayakah Mourinho merealisasikan impiannya sekaligus bergelar pengurus United tidak lama lagi?Apa pula kata penyokong United? Yakinkah mereka yang Jose Mourinho insan yang paling tepat bagi mengembalikan  kegemilangan mereka?

Sama-sama kita nantikan...

Macam Sampah! - Jurgen Klopp


Bangkit Selepas Ketinggalan 3-1
Pengurus Jurgen Klopp menyelar pertahanan Liverpool sebagai 'sampah'  selepas mencatat kemenangan atas Norwich.
Sebelum ini pertahanan The Reds melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan liga terakhir.
Dalam perlawanan dengan Norwich dimana mereka menang 4-3, Adam Lallana menjaringkan gol pada minit keempat dalam masa kecederaan untuk melengkapkan kebangkitan semula menakjubkan selepas Liverpool ketinggalan 3-1.

 Berikut kata-kata Klopp selepas perlawanan:
 "Ia adalah perlawanan yang sukar dipercayai. Saya rasa kami berhak menang dalam permainan yang menakjubkan. Tetapi kami perlu menyelesaikan segala masalah kerana ini tidak akan selalu terjadi.

"Kami melepaskan empat gol tetapi kami bertahan lebih baik (dari permainan lain baru-baru ini). Kami mempunyai formasi yang lebih baik, organisasi yang lebih baik dan kami melakukan apa yang perlu dilakukan.

"Ia adalah sama seperti kehidupan, menyelesaikan satu masalah dan anda berdepan satu lagi yang lain. Sekarang, kami perlu menyelesaikan masalah ini dan berharap kami lebih baik dalam tempoh dua hari sebelum perlawanan dengan Stoke," kata Klopp.

Man United Panik, Darmian Dikejar ke Hospital

Mulut Matteo Darmian Keluar Darah



Satu demi satu masalah melanda Manchester United yang terus memeningkan kepala pengurus Louis Van Gaal. Setelah Marcos Rojo, Antonio Valencia, Ashley Young dan Luke Shaw mengalami kecederaan kini giliran Matteo Darmian menjadi pertahanan kelima United menyertai senarai pemain yang cedera.
Pertahanan Manchester United, Matteo Darmian, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan tulang rusuk dan dada

Semasa cuba menghalang Shane Long untuk mendapatkan bola hantaran lintang, pemain pertahanan Itali ini tercedera selepas berlanggar dengan dengan penyerang The Saints.

Dalam perlawanan dengan  Southampton dalam Liga Perdana Inggeris, malam tadi mereka tewas 1-0.  Kekalahan United itu menyaksikan mereka berada di kedudukan kelima liga iaitu ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Leicester City.


-sumber Reuters