Keputusan Terkini Piala FA Malaysia

Berikut Keputusan Terkini Piala FA Malaysia Pusingan Ke-2:

 

  • UKM FC 0 - 1 Kelantan (Penjaring: Baze Ilijoski pada minit ke-83)
  • Negeri Sembilan  2-0 ,Sungai Ara FC (Penjaring Daniel Ting pada minit ke-65 dan Joel Chianese, min 69)
  • Felda United 2-0 PB Ipoh (Penjaring:Francis Forkey Doe pada minit ke-41 dan Nor Fazly Alias pada masa kecederaan)
  • Kuala Lumpur  (1-1)(4-2) Melaka United (Penalti) (Penjaring: Anselmo Casagrande pada minit ke-4, Jasmir Mehat minit ke-89.
  • Perak  3-1 Sarawak. (Penjaring :Thiago Junior pada minit ke-81,Firdaus Saiyidi (91') dan Ahmad Khairil Anuar pada minit ke-111)
  • Kuantan FA  4-2 Pulau Pinang. (Penjaring : Dao Bakary pada minit ke-90 dan 113', Shunsuke Nakatake (105') dan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-109,Matias Cordoba pada minit ke-80 dan 110'.
  • ATM 3-2 Shahzan Muda
  • Sabah 3-0  MOF FC
Tujuh pasukan yang layak adalah Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan, Felda United, Kuala Lumpur, Perak, Kuantan FA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Arsenal Kecewa Disekat Hull City

Berikut Video Arsenal Lawan Hull City


LONDON: Misi Arsenal mahu memburu kejuaraan Piala FA ketiga berakhir dengan kekecewaan lantaran kekentalan Hull City dalam pusingan kelima di Stadium Emirates, malam Sabtu.

Namun itu hanya sementara kerana mereka masih berpeluang mengharungi perlawanan ulangan.

Anak buah pengurus Arsene Wenger kini dalam misi menjadi pasukan pertama memenangi piala tersebut buat kali ketiga berturut-turut selepas Blackburn Rovers melakukan perkara yang sama pada tahun 1886.

Sementara itu West Bromwich Albion disingkir oleh kelab divisyen dua, Reading 3-1. Sewaktu perlawanan itu, kapten West Brom, Chris Brunt dibaling dengan duit syiling yang hampir mengenai matanya.

Bermula dengan Darren Fletcher membuka jaringan pada minit ke-54 tidak menghalang Reading bangkit dengan tiga gol menerusi Paul McShane, Michael Hector, dan Lucas Piazon yang dipinjamkan Chelsea.

Waktu itulah Brunt yang menuju ke arah penyokong West Brom untuk memberi tepukan kepada mereka dibaling dengan duit syiling.

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton dan Watford juga menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Bournemouth dan Leeds.

Rembatan Ross Barkley dan jaringan jarak dekat Romelu Lukaku pada babak kedua memberikan Everton kemenangan 2-0 di Bournemouth, yang menyaksikan penalti tuan rumah pada babak pertama diselamatkan.

Watford pula menang tipis ke atas pasukan Divisyen Dua, Leeds 1-0 dalam perlawanan dimana Scott Wootton tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran silang lawan.

Keputusan Terkini PIALA FA England

Berikut Keputusan Perlawanan Pusingan Ke-5 Piala FA:


  • AFC Bournemouth 0 - 2 Everton
  • Reading 3 - 1 West Bromwich Albion
  • Watford 1 - 0 Leeds United
  • Arsenal 0 - 0 Hull City

Gol 'Ajaib' Faiz Subri

Berikut Gol Jaringan Faiz Subri Yang Menjadi Viral



tag: gol faiz subri, gol ajaib faiz subri, gol pelik, tonton video gol faiz subri, faiz subri, pulau pinang, petak, youtube, liga malaysia 2016