Tonton LIVE Arab Saudi Lwn Malaysia 24 Mac 2016, Khamis

Tonton LIVE Siaran Langsung Arab Saudi Lawan Harimau Malaysia

Pasukan: Arab Saudi Vs Malaysia
Perlawanan: Kelayakan Piala Asia 2019/Piala Dunia 2018
Venue: Jeddah Arab Saudi
Waktu: 1:30 pagi (Waktu malaysia)

KEPUTUSAN PENUH:
 Malaysia 0- 2 Arab Saudi

Untuk Menonton Live Malaysia Lawan Arab Saudi, klik link di bawah:

  • Link 1
  • Link 2

 

Pilihan Berkaitan:

Mampukah Harimau Malaysia Membaham Arab Saudi?

Harimau Malaysia Tidak Gentar

Suka atau tidak Ketua Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee kini harus bersedia berdepan Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada malam ini.

Walaupun mengakui kehebatan Arab Saudi, beliau tetap menaruh harapan tinggi kepada anak buahnya agar memberi yang terbaik.

Berikut kata-kata Ong Kim Swee Sebelum Perlawanan: 


“Saya fikir tiada apa yang perlu saya perkatakan lagi mengenai Arab Saudi. Dari segi kekuatan mereka mempunyai keseimbangan yang baik dan semua pemain mereka kuat dan bagus, jadi kami perlu bekerja kuat terutamanya beraksi di depan penyokong lawan.

“Saya fikir kami perlu berusaha keras dan saya tahu Arab Saudi tidak pernah kalah dan sudah pasti perlawanan esok (hari ini) sukar. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik,” katanya dalam sidang akhbar perlawanan di Jeddah kepada Utusan.

 “Setiap perlawanan, kami tidak risau cuma saya perlu memastikan pemain beraksi dengan baik mengikut keupayaan mereka. Sudah pasti kami tahu Saudi pasukan yang kuat. Bagaimanapun saya percaya kami mampu me­ngulangi prestasi seperti yang dilakukan ketika menentang Saudi di laman sendiri,” katanya lagi.


Berikut Laungan Semangat kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim Sebelum Perlawanan: 


“Tahun ini kami memiliki sentuhan baharu, pemain baharu dan harapan baharu. Adakalanya kami dikecewakan sebagai pemain jadi sekarang adalah fasa baharu dan kami perlu membuktikan sesuatu,” katanya.

"Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan lalu dan kita buat sesuatu di sana. Kita tahu Arab Saudi adalah satu pasukan yang terbaik di Asia.

"Bagi saya, kita perlu ambil perlawanan ini secara serius untuk mengembalikan semula maruah skuad kebangsaan," katanya.

Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada 8.30 malam Khamis waktu tempatan (1.30 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Jangan lupa tonton perlawanan Malaysia Lawan Arab Saudi LIVE di Portal Sukan ini jam 1:30 malam ini. Jom sokong pasukan Malaysia supaya dapat cipta kemenangan.
Malaysia boleh!

sumber: utusan, astro awani



Pilihan Berkaitan: