Dibelasah Teruk, Mourinho Enggan Terima Kenyataan

Mourinho Perkecilkan City

Selepas mencipta kontroversi apabila dia terang-terang mengkritik doktor pasukan dan enggan memohon maaf , Jose Mourinho masih tetap dengan sikap berdegilnya. Kali ini pula dia enggan terima kekalahan yang dialami pasukan bawah bimbingan. Malah Mourinho dengan selamba mendakwa kekalahan Chelsea kepada Manchester City adalah keputusan 'palsu' kerana pasukannya layak mendapat lebih baik dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad, Chelsea dimalukan menerusi tiga jaringan oleh Sergio Aguero, Vincent Kompany dan Fernandinho.

Berikut kenyataan jurulatih kelahiran Portugal itu.

"Pasukan terbaik pada babak pertama memenangi perlawanan itu.

"Pasukan terbaik pada babak kedua pastinya Chelsea. Kami menghadapi kesukaran pada babak pertama, kami gagal mencipta peluang, penjaga gol telah menepis banyak cubaan lawan," katanya.

kredit: mstar

Pilihan Menarik Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan