Tonton Siaran langsung LIVE EPL: Chelsea Vs Liverpool (jam 3 pagi, Sabtu)

Tonton Siaran langsung LIVE STEAMING Liga Inggeris EPL: Chelsea Vs Liverpool (jam 3 pagi, Sabtu) (TAMAT)

 

 Untuk Tonton Live EPL 2016/2017 Liga Inggeris (Chelsea Vs Liverpool) Klik Link di bawah:



KEPUTUSAN TERKINI: Tamat

  Chelsea 1   -   2   Liverpool 

Jadual Liga Inggeris Minggu ke-3 September 2016 (Perlawanan Ke -5)

Berikut Analisis Perlawanan Liga Inggeris Sehingga Perlawanan Ke-4 

Liga Perdana Inggeris kini telah memasuki perlawanan ke 5. Setelah 4 perlawanan berlangsung menyaksikan Manchester City di bawah kendalian pengurus baru, Pep Guardiola gah berada di tangga teratas dengan 12 mata. City berjaya mencatat 4 kemenangan berturut-turut setakat ini. Mengikuti rapat di belakang mereka ialah pasukan Chelsea yang mencatat dua mata kurang, juga memiliki pengendali baru iaitu Antonio Conte. Tempat ketiga, keempat dan kelima diisi Everton, Man United dan Tottenham Hotspur. Manakala tempat kelima dan keenam diduduki Liverpool dan Arsenal yang berkongsi 7 mata.

Semua pasukan telah mencatat mata, sekurang-kurangnya 1. Sementara itu juara bertahan musim lalu, Leicester City memulakan langkah dengan agak buruk apabila sekadar terperosok di lima tempat terakhir dengan hanya mengutip 4 mata. Walaubagaimanapun perjalanan masih panjang dan semua pasukan masih berpeluang mencabar dalam Liga Inggeris musim ini. Adakah akan berlaku lagi kejutan seperti musim lalu dengan Leicester berjaya muncul juara, atau mungkinkah nama-nama besar seperti Man United, Man City, Chelsea dan Arsenal akan kembali merampas takhta? Sama-sama kita saksikanya...

 Berikut Jadual Liga Inggeris Minggu ke-3 September 2016 (Perlawanan Ke -5):


KEPUTUSAN/JADUAL

17 SEPT


  • LEICESTER CITY VS BURNLEY 10:00 PM 
  • MANCHESTER CITY VS AFC BOURNEMOUTH 10:00 PM  (Live!)
  • WEST BROMWICH ALBION VS WEST HAM UNITED 10:00 PM


18 SEPT


  • EVERTON VS MIDDLESBROUGH 12:30 AM 
  • WATFORD VS MANCHESTER UNITED 07:00 PM (Live!)
  • CRYSTAL PALACE VS STOKE CITY 09:15 PM 
  • SOUTHAMPTON VS SWANSEA CITY 09:15 PM 
  •  TOTTENHAM HOTSPUR VS SUNDERLAND 11:30 PM

Nota: Perlawanan yang ada mark 'live' akan disiarkan secara streaming online di blog Portalbolasepak.blogspot.com  ini. Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan pasukan kegemaran anda beraksi secara langsung. Untuk kemudahan anda, sila bookmark atau like page ini. Sekiranya anda mahu keputusan, jadual dan kedudukan epl terkini sila klik link ini.

Keputusan Penuh Formula One GP Belgium 2016

Nico Rosberg Tawan Litar Belgium


NICO Rosberg akhirnya menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium di Litar Spa-Francorchamps di Belgium  setelah meraih kedudukan petak pertama pada pusingan kelayakan perlumbaan lewat Sabtu malam

Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1:44:51.058 meninggalkan pelumba Redbull, Daniel Ricciardo di kedudukan kedua.

Manakala pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton yang juga juara bertahan dunia sekadar berpuas hati meraih tempat ketiga setelah dikenakan penalti kerana menukar enjin dan terpaksa mula dari petak belakang. Berbaki lapan lagi perlumbaan kini defisit antara Hamilton dan Rosberg ini berkurang kepada 9 mata selepas Formula One berhenti rehat dalam bulan Ogos.

Berikut Keputusan Penuh Perlumbaan Formula 1 World Championship (F1), Belgian Grand Prix at Spa-Francorchamps

1. Nico Rosberg GER Mercedes-Mercedes 44 laps 1h 44m 51.055s
2. Daniel Ricciardo AUS Red Bull-TAG Heuer +14.1s
3. Lewis Hamilton GBR Mercedes-Mercedes +27.6
4. Nico Hulkenberg GER Force India-Mercedes +35.9s
5. Sergio Perez MEX Force India-Mercedes +40.6s
6. Sebastian Vettel GER Ferrari-Ferrari +45.3s
7. Fernando Alonso ESP McLaren-Honda +59.4s
8. Valtteri Bottas FIN Williams-Mercedes +60.1s
9. Kimi Raikkonen FIN Ferrari-Ferrari +61.1s
10. Felipe Massa BRZ Williams-Mercedes +65.8s

11. Max Verstappen NED Red Bull-TAG Heuer +71.1s
12. Esteban Gutierrez MEX Haas-Ferrari +73.8s
13. Romain Grosjean FRA Haas-Ferrari +76.4s
14. Daniil Kvyat RUS Toro Rosso-Ferrari +87.0s
15. Jolyon Palmer GBR Renault-Renault +93.1s
16. Esteban Ocon FRA MRT-Mercedes +1 lap
17. Felipe Nasr BRZ Sauber-Ferrari +1 lap

Not Classified

Rtd. Kevin Magnussen DEN Renault-Renault 4 laps completed
Rtd. Marcus Ericsson SWE Sauber-Ferrari 2 laps completed
Rtd. Carlos Sainz Jr ESP Toro Rosso-Ferrari 1 lap completed
Rtd. Jenson Button GBR McLaren-Honda 0 laps completed
Rtd. Pascal Wehrlein GER MRT-Mercedes 0 laps completed

Fastest lap

Lewis Hamilton GBR Mercedes-Mercedes 1m 51.583s
Berikut 24 Pemain Perlawanan Persahabatan Menentang Indonesia pada 6 September 2016.

Jadual Pasukan Bola Sepak Malaysia 2016

Berikut Jadual & Keputusan Terkini Pasukan Bola Sepak Harimau Malaysia 2016

Tonton LIVE Arab Saudi Lwn Malaysia 24 Mac 2016, Khamis

Tonton LIVE Siaran Langsung Arab Saudi Lawan Harimau Malaysia

Pasukan: Arab Saudi Vs Malaysia
Perlawanan: Kelayakan Piala Asia 2019/Piala Dunia 2018
Venue: Jeddah Arab Saudi
Waktu: 1:30 pagi (Waktu malaysia)

KEPUTUSAN PENUH:
 Malaysia 0- 2 Arab Saudi

Untuk Menonton Live Malaysia Lawan Arab Saudi, klik link di bawah:

  • Link 1
  • Link 2

 

Pilihan Berkaitan:

Mampukah Harimau Malaysia Membaham Arab Saudi?

Harimau Malaysia Tidak Gentar

Suka atau tidak Ketua Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee kini harus bersedia berdepan Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada malam ini.

Walaupun mengakui kehebatan Arab Saudi, beliau tetap menaruh harapan tinggi kepada anak buahnya agar memberi yang terbaik.

Berikut kata-kata Ong Kim Swee Sebelum Perlawanan: 


“Saya fikir tiada apa yang perlu saya perkatakan lagi mengenai Arab Saudi. Dari segi kekuatan mereka mempunyai keseimbangan yang baik dan semua pemain mereka kuat dan bagus, jadi kami perlu bekerja kuat terutamanya beraksi di depan penyokong lawan.

“Saya fikir kami perlu berusaha keras dan saya tahu Arab Saudi tidak pernah kalah dan sudah pasti perlawanan esok (hari ini) sukar. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik,” katanya dalam sidang akhbar perlawanan di Jeddah kepada Utusan.

 “Setiap perlawanan, kami tidak risau cuma saya perlu memastikan pemain beraksi dengan baik mengikut keupayaan mereka. Sudah pasti kami tahu Saudi pasukan yang kuat. Bagaimanapun saya percaya kami mampu me­ngulangi prestasi seperti yang dilakukan ketika menentang Saudi di laman sendiri,” katanya lagi.


Berikut Laungan Semangat kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim Sebelum Perlawanan: 


“Tahun ini kami memiliki sentuhan baharu, pemain baharu dan harapan baharu. Adakalanya kami dikecewakan sebagai pemain jadi sekarang adalah fasa baharu dan kami perlu membuktikan sesuatu,” katanya.

"Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan lalu dan kita buat sesuatu di sana. Kita tahu Arab Saudi adalah satu pasukan yang terbaik di Asia.

"Bagi saya, kita perlu ambil perlawanan ini secara serius untuk mengembalikan semula maruah skuad kebangsaan," katanya.

Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada 8.30 malam Khamis waktu tempatan (1.30 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Jangan lupa tonton perlawanan Malaysia Lawan Arab Saudi LIVE di Portal Sukan ini jam 1:30 malam ini. Jom sokong pasukan Malaysia supaya dapat cipta kemenangan.
Malaysia boleh!

sumber: utusan, astro awani



Pilihan Berkaitan:

Keputusan Terkini Piala FA Malaysia

Berikut Keputusan Terkini Piala FA Malaysia Pusingan Ke-2:

 

  • UKM FC 0 - 1 Kelantan (Penjaring: Baze Ilijoski pada minit ke-83)
  • Negeri Sembilan  2-0 ,Sungai Ara FC (Penjaring Daniel Ting pada minit ke-65 dan Joel Chianese, min 69)
  • Felda United 2-0 PB Ipoh (Penjaring:Francis Forkey Doe pada minit ke-41 dan Nor Fazly Alias pada masa kecederaan)
  • Kuala Lumpur  (1-1)(4-2) Melaka United (Penalti) (Penjaring: Anselmo Casagrande pada minit ke-4, Jasmir Mehat minit ke-89.
  • Perak  3-1 Sarawak. (Penjaring :Thiago Junior pada minit ke-81,Firdaus Saiyidi (91') dan Ahmad Khairil Anuar pada minit ke-111)
  • Kuantan FA  4-2 Pulau Pinang. (Penjaring : Dao Bakary pada minit ke-90 dan 113', Shunsuke Nakatake (105') dan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-109,Matias Cordoba pada minit ke-80 dan 110'.
  • ATM 3-2 Shahzan Muda
  • Sabah 3-0  MOF FC
Tujuh pasukan yang layak adalah Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan, Felda United, Kuala Lumpur, Perak, Kuantan FA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Arsenal Kecewa Disekat Hull City

Berikut Video Arsenal Lawan Hull City


LONDON: Misi Arsenal mahu memburu kejuaraan Piala FA ketiga berakhir dengan kekecewaan lantaran kekentalan Hull City dalam pusingan kelima di Stadium Emirates, malam Sabtu.

Namun itu hanya sementara kerana mereka masih berpeluang mengharungi perlawanan ulangan.

Anak buah pengurus Arsene Wenger kini dalam misi menjadi pasukan pertama memenangi piala tersebut buat kali ketiga berturut-turut selepas Blackburn Rovers melakukan perkara yang sama pada tahun 1886.

Sementara itu West Bromwich Albion disingkir oleh kelab divisyen dua, Reading 3-1. Sewaktu perlawanan itu, kapten West Brom, Chris Brunt dibaling dengan duit syiling yang hampir mengenai matanya.

Bermula dengan Darren Fletcher membuka jaringan pada minit ke-54 tidak menghalang Reading bangkit dengan tiga gol menerusi Paul McShane, Michael Hector, dan Lucas Piazon yang dipinjamkan Chelsea.

Waktu itulah Brunt yang menuju ke arah penyokong West Brom untuk memberi tepukan kepada mereka dibaling dengan duit syiling.

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton dan Watford juga menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Bournemouth dan Leeds.

Rembatan Ross Barkley dan jaringan jarak dekat Romelu Lukaku pada babak kedua memberikan Everton kemenangan 2-0 di Bournemouth, yang menyaksikan penalti tuan rumah pada babak pertama diselamatkan.

Watford pula menang tipis ke atas pasukan Divisyen Dua, Leeds 1-0 dalam perlawanan dimana Scott Wootton tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran silang lawan.

Keputusan Terkini PIALA FA England

Berikut Keputusan Perlawanan Pusingan Ke-5 Piala FA:


  • AFC Bournemouth 0 - 2 Everton
  • Reading 3 - 1 West Bromwich Albion
  • Watford 1 - 0 Leeds United
  • Arsenal 0 - 0 Hull City

Gol 'Ajaib' Faiz Subri

Berikut Gol Jaringan Faiz Subri Yang Menjadi Viral



tag: gol faiz subri, gol ajaib faiz subri, gol pelik, tonton video gol faiz subri, faiz subri, pulau pinang, petak, youtube, liga malaysia 2016

Jose Mourinho Terdesak Mahu Sertai United?


Hantar Surat Bagi Ganti Van Gaal 

Setelah melakar rekod rekod buruk di Chelsea sehingga dipecat dan tempatnya digantikan oleh Guus Hiddink ternyata Mourinho masih berkeyakinan tinggi untuk terus mengurus kelab besar.
Terbaharu dia dilaporkan  menghantar surat untuk menyertai Manchester United  pula.

Menurut The Independent, Jose Mourinho menulis surat enam muka surat kepada Manchester United yang menyatakan kelayakannya untuk menggantikan Louis van Gaal, yang kini berdepan kemungkinan dipecat sebagai pengurus, lapor media, semalam.
The Independent juga mendakwa Mourinho, 52 tahun,  yang menganggur sejak berpisah dengan Chelsea pada Disember lalu, menggariskan secara terperinci pelan tindakan untuk memulihkan semula reputasi gergasi Old Trafford.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menggunakan surat untuk menyatakan komitmennya bagi menyesuaikan gaya pengurusan dan bagaimana dia akan merombak skuad.

Mourinho pernah hampir menyertai United sebelum ini apabila Alex Ferguson meninggalkan kelab terbabit namun jawatan idamannya jatuh dalam tangan David Moyes pada tahun 2013. Selain dua tempoh yang singkat di Chelsea, Mourinho juga pernah melatih Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

 Kini berjayakah Mourinho merealisasikan impiannya sekaligus bergelar pengurus United tidak lama lagi?Apa pula kata penyokong United? Yakinkah mereka yang Jose Mourinho insan yang paling tepat bagi mengembalikan  kegemilangan mereka?

Sama-sama kita nantikan...

Macam Sampah! - Jurgen Klopp


Bangkit Selepas Ketinggalan 3-1
Pengurus Jurgen Klopp menyelar pertahanan Liverpool sebagai 'sampah'  selepas mencatat kemenangan atas Norwich.
Sebelum ini pertahanan The Reds melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan liga terakhir.
Dalam perlawanan dengan Norwich dimana mereka menang 4-3, Adam Lallana menjaringkan gol pada minit keempat dalam masa kecederaan untuk melengkapkan kebangkitan semula menakjubkan selepas Liverpool ketinggalan 3-1.

 Berikut kata-kata Klopp selepas perlawanan:
 "Ia adalah perlawanan yang sukar dipercayai. Saya rasa kami berhak menang dalam permainan yang menakjubkan. Tetapi kami perlu menyelesaikan segala masalah kerana ini tidak akan selalu terjadi.

"Kami melepaskan empat gol tetapi kami bertahan lebih baik (dari permainan lain baru-baru ini). Kami mempunyai formasi yang lebih baik, organisasi yang lebih baik dan kami melakukan apa yang perlu dilakukan.

"Ia adalah sama seperti kehidupan, menyelesaikan satu masalah dan anda berdepan satu lagi yang lain. Sekarang, kami perlu menyelesaikan masalah ini dan berharap kami lebih baik dalam tempoh dua hari sebelum perlawanan dengan Stoke," kata Klopp.

Man United Panik, Darmian Dikejar ke Hospital

Mulut Matteo Darmian Keluar Darah



Satu demi satu masalah melanda Manchester United yang terus memeningkan kepala pengurus Louis Van Gaal. Setelah Marcos Rojo, Antonio Valencia, Ashley Young dan Luke Shaw mengalami kecederaan kini giliran Matteo Darmian menjadi pertahanan kelima United menyertai senarai pemain yang cedera.
Pertahanan Manchester United, Matteo Darmian, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan tulang rusuk dan dada

Semasa cuba menghalang Shane Long untuk mendapatkan bola hantaran lintang, pemain pertahanan Itali ini tercedera selepas berlanggar dengan dengan penyerang The Saints.

Dalam perlawanan dengan  Southampton dalam Liga Perdana Inggeris, malam tadi mereka tewas 1-0.  Kekalahan United itu menyaksikan mereka berada di kedudukan kelima liga iaitu ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Leicester City.


-sumber Reuters