Jose Mourinho Terdesak Mahu Sertai United?


Hantar Surat Bagi Ganti Van Gaal 

Setelah melakar rekod rekod buruk di Chelsea sehingga dipecat dan tempatnya digantikan oleh Guus Hiddink ternyata Mourinho masih berkeyakinan tinggi untuk terus mengurus kelab besar.
Terbaharu dia dilaporkan  menghantar surat untuk menyertai Manchester United  pula.

Menurut The Independent, Jose Mourinho menulis surat enam muka surat kepada Manchester United yang menyatakan kelayakannya untuk menggantikan Louis van Gaal, yang kini berdepan kemungkinan dipecat sebagai pengurus, lapor media, semalam.
The Independent juga mendakwa Mourinho, 52 tahun,  yang menganggur sejak berpisah dengan Chelsea pada Disember lalu, menggariskan secara terperinci pelan tindakan untuk memulihkan semula reputasi gergasi Old Trafford.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menggunakan surat untuk menyatakan komitmennya bagi menyesuaikan gaya pengurusan dan bagaimana dia akan merombak skuad.

Mourinho pernah hampir menyertai United sebelum ini apabila Alex Ferguson meninggalkan kelab terbabit namun jawatan idamannya jatuh dalam tangan David Moyes pada tahun 2013. Selain dua tempoh yang singkat di Chelsea, Mourinho juga pernah melatih Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

 Kini berjayakah Mourinho merealisasikan impiannya sekaligus bergelar pengurus United tidak lama lagi?Apa pula kata penyokong United? Yakinkah mereka yang Jose Mourinho insan yang paling tepat bagi mengembalikan  kegemilangan mereka?

Sama-sama kita nantikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan