Arsenal Kecewa Disekat Hull City

Berikut Video Arsenal Lawan Hull City


LONDON: Misi Arsenal mahu memburu kejuaraan Piala FA ketiga berakhir dengan kekecewaan lantaran kekentalan Hull City dalam pusingan kelima di Stadium Emirates, malam Sabtu.

Namun itu hanya sementara kerana mereka masih berpeluang mengharungi perlawanan ulangan.

Anak buah pengurus Arsene Wenger kini dalam misi menjadi pasukan pertama memenangi piala tersebut buat kali ketiga berturut-turut selepas Blackburn Rovers melakukan perkara yang sama pada tahun 1886.

Sementara itu West Bromwich Albion disingkir oleh kelab divisyen dua, Reading 3-1. Sewaktu perlawanan itu, kapten West Brom, Chris Brunt dibaling dengan duit syiling yang hampir mengenai matanya.

Bermula dengan Darren Fletcher membuka jaringan pada minit ke-54 tidak menghalang Reading bangkit dengan tiga gol menerusi Paul McShane, Michael Hector, dan Lucas Piazon yang dipinjamkan Chelsea.

Waktu itulah Brunt yang menuju ke arah penyokong West Brom untuk memberi tepukan kepada mereka dibaling dengan duit syiling.

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton dan Watford juga menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Bournemouth dan Leeds.

Rembatan Ross Barkley dan jaringan jarak dekat Romelu Lukaku pada babak kedua memberikan Everton kemenangan 2-0 di Bournemouth, yang menyaksikan penalti tuan rumah pada babak pertama diselamatkan.

Watford pula menang tipis ke atas pasukan Divisyen Dua, Leeds 1-0 dalam perlawanan dimana Scott Wootton tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran silang lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan